Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)
OBJEKTIF SKIM
- Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan di benarkan oleh undang -undang.
- Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi.
- Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha bumiputera luar bandar bagi membantu meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar.
- Menyediakan skim pembiayaan tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah.
- Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.
AGENSI PELAKSANA
- Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan perkhidmatan dan pelancongan desa.
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.
CIRI – CIRI SKIM
Konsep Pebiayaan
- Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai Bithaman Ajil, Bay-Dayn dan Al-Quran Hassan)
Tujuan Pembiayaan
- Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu meningkatkan perniagaan/perusahaan yang diceburi
- Pembiayaan modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah
- Pembiayaan untuk mengubahsuai atau menaik taraf premis perniagaan/perusahaan
Had Pembiayaan
- RM20,000.00 – RM250,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi kurang daripada tiga tahun)
- RM250,000.00 – RM500,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi lebih daripada 3 tahun)
- Pembiayaan dibenarkan sebanyak 3 kali tetapi tidak melebihi had maksimum kelayakan pemohon
Tempoh Bayaran Balik
- 3 hingga 5 tahun (pinjaman RM250,000.00 ke bawah)
- 5 hingga 7 tahun ( pinjaman RM250,000.00 – RM500,000.00)
Tempoh Pernafasan (Grace Period)
Bayaran pokok selama 6 bulan mulai dari tarikh pengeluaran pinjaman.
Pemberian Geran
Pemberian geran akan dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat pembiayaan RM250,000.00 ke bawah dan memenuhi kriteria berikut :
- Telah menjelaskan bayaran balik pinjaman sebanyak 70%
- Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman
- Prestasi perniagaan yang baik selepas pembiayaan SPED
Kadar Bayaran Perkhidmatan
- 5% setahun berasaskan baki pinjaman
SKOP PEMBIAYAAN
- Industiri Pembuatan
- Pertanian Komersial
- Industri Perkhidmatan
- Pelancongan Desa
Pinjaman Yang Tidak Dibiayai
- Perusahaan/perniagaan bidangan besar seperti projek cari gali petroleum/galian,projek perumahan dan perhotelan.
- Pembelian aset tetap untuk tujuan dijual semula atau untuk disewakan seperti pembelian tapak perusahaan/tanah,kedai dan kilang/bengkel.
- Pembelian kenderaan-kenderaan untuk tujuan pengangkutan awam.
- Pinjaman untuk membayar hutang.
SYARAT – SYARAT MEMOHON
- Perniagaan/perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera.
- Perniagaan/perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Tapak perusahaan/perniagaan bertempat di luar bandar iaitu luar kawasan bandar raya dan bandar Petaling Jaya,Subang Jaya dan Putrajaya.
- Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuh masa.
- Premis perniagaan berasingan daripada premis kediaman.
- Pengusaha atau syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank atau institusi kewangan serta lain-lain dana kerajaan melebihi jumlah RM250,000.00. Walau bagaimanapun, SPED boleh membiayai sekiranya pinjaman tersebut telah selesai dibayar.
- Menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk Kod Amalan Kebersihan Makanan dan Pembuangan Sisa Industri, Akta Pencemaran Alam Sekitar dan sebagainya.
- Had umur peminjam tidak melebihi 60 tahun.
CAGARAN
- Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan tersebut akan menjadi cagaran kepada peminjam.
INSURANS
- Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pinjaman.
- Bagi pinjaman bukan mesin,syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.
KOS SETEM DAN GUAMAN
- Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian Ijarah, Ijarah Thummalbai, Bal’Bithaman Ajil Al-Qardhul Hassan atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah.
- Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.
PENGELUARAN WANG PEMBIAYAAN
- Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pinjaman setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi :
- Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman.
- Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank.
- Menerima tawaran berserta syarat-syarat dan peraturan seperti mana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.
- Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction.
- Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/All Risk.
- Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan,pendaftaran,duti setem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan.
JAWATANKUASA PELAKSANAAN SKIM
- Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :
- Jawatankuasa Penilaian Teknikal - diurus setiakan oleh Bank
- Jawatankuasa Tertinggi SPED - diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
TATACARA PERMOHONAN
- Tatacara Permohonan SPED adalah seperti berikut :
- Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan Agensi Pelaksana atau di KKLW.
- Panduan bagi mengisi boring dan penyediaan kertas projek disertakan bersama-sama dengan borang permohonan
- Borang permohonan sebanyak (2) salinan yang telah dilengkapi bersama-sama kertas projek dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan seperti berikut :
SET PERTAMA dikemukakan kepada KKLW untuk penyemakan pematuhan dasar,syarat dan skop pembiayaan.
SET KEDUA dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran,kewangan dan daya maju projek.
- Permohonan akan diproses setelah borang dan kertas kerja projek diisi dengan lengkap.
- Sekiranya permohonan tidak lengkap,satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut,permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui Agensi Pelaksana. KKLW akan memaklumkan terus kepada pemohon bagi permohonan yang ditolak.
- Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pinjaman dengan Agensi Pelaksana.
- Pengeluaran wang pinjaman bagi mesin/peralatan dan modal kerja dibayar terus oleh pihak Agensi Pelaksana kepada pembekal.
Borang dan Panduan Berkaitan
0 comments:
Post a Comment