ialah hakikat yg penternak-penternak Melayu tidak sepakat dan
kadangkala tamak. Hakikat yang pahit untuk diterima, tetapi yang pahit
itu kadangkala penawar. Tidak sepakat dalam menentukan harga sehingga
pihak ketiga terutama sekali peraih atau orang tengah dengan mudah
'menekan' dengan meletakkan harga yg kadangkala terlalu rendah
berbanding harga pasaran. Tiada kesepakatan juga kadangkala merugikan
didalam contoh ketika membeli ternakan, ubatan, makanan ternakan dan
bahan-bahan lain. Itu hanyalah contoh-contoh terdekat yg sering
dialami oleh penternak-penternak kecil seperti kita.
Jalan penyelesaiannya mudah. Dengan mewujudkan kesepakatan dalam
industri ini, suara penternak-penternak kecil seperti kita akan lebih
mudah didengari. Bukankah kata pepatah berbunyi, "bersatu teguh,
bercerai roboh". Sebagai permulaan, jaringan Alumni PUTRA bukan sahaja
diwujudkan untuk membina jaringan dikalangan penternak, malah
mewujudkan satu komuniti kuat dan teguh yang dapat saling bantu
membantu dalam pelbagai hal. Cadangan untuk menubuhkan Koperasi sedang
dipertimbangkan. Dengan adanya koperasi tersebut, mungkin kita dapat
mengawal harga pasaran ternakan dan membeli barangan secara pukal yg
lebih menjimatkan utk semua ahli-ahli koperasi.
Cadangan dan komen anda amat dialu-alukan.
